Sunday 14 October 2012

Kenangan di kampung.

Hujung minggu ni cikgu berpeluang balik kampung cikgu . Dah lama rasanya cikgu tak balik kampung. Walaupun dua hari sahaja tapi memang berbaloi. Banyak aktiviti yang cikgu buat.

Paling berharga cikgu dapat berbual panjang dengan Mak cikgu. Banyak benda kami dapat kongsi. Memang membahagiakan. Hari sabtu cikgu cikgu keluar jalan2 ke bandar baling dengan Mak. Walaupun hujan kami sempat shopping. Cikgu sempat beli periuk kukus. Cikgu suka sangat. Yang penting Mak yang pilih. Memang berbaloi.

Lepas ja shopping balik rumah ambil buah jambu air pulak. Walaupun banyak kerengga dapat jugak cikgu ambil . Jambu ni untuk kawan2 di sekolah. Cikgu2 kat sekolah cikgu suka mencicah. Erm sedapnya. Pecah air liur cikgu.

Anak2 cikgu pulak suka bila cikgu balik kampung. Anak2 cikgu dapat Kenal Ayam belanda. Cikgu Ada kenangsn dengan Ayam belanda ni. Dulu cikgu. Pernah dikejar dengan Ayam ni. Cikgu takut dan fobia dengan Ayam ni. Sekarang ayah cikgu yang bela. Rupa-rupanya Ayam belanda sekarang dah baik. Dah tak kejar orang. Anak cikgu aqil dan Aiman suka main Ayam tu.

Pagi ahad cikgu bertolak ke Parit BUNTAR. Sebelum sampai Suami cikgu bawa cikgu ke Auto City. Suami cikgu nak beli Kereta. Cikgu suka. Suami nak beli Toyota wish. Erm best jugak . Tapi cikgu kena korbankan Kereta saga cikgu. Huhuhu sedih jugak. Tapi betul juga kata suami. Hutang Kereta cikgu banyak lagi. Kereta Suami cikgu yang lama dah nak habis hutang. Erm cikgu ikut sajalah kata suami cikgu. Sekurang2 nya hutang dah kurang. Bayar satu Kereta saja. Wah tak sabarnya nak naik kereta wish. I WISH My dream become true.

Oklah dah pukul 12 malam. Esok cikgu sambung lagi. Byeyeee

No comments: