Sunday 18 November 2012

60th Malaysian Royalty

Semalam cikgu pergi kl convention Center untuk melihat kejayaan mentor cikgu nor Yuslizah. Disamping cikgu melihat kejayaan mentor cikgu, cikgu dapat banyak motivasi untuk diri cikgu untuk berjaya. Cikgu gembira melihat kejayaan kawan2. Dapat bawa duit yang banyak dalam briefcase. Cikgu nak jadi macam mereka. Sekarang perlu bertindak.


Untuk mengubah hidup cikgu ke Arah kebaikan cikgu perlu banyak berkoban. Yang paling penting restu ibu bapa dan suami cikgu. Alhamdulillah Suami dan ibu bapa cikgu sent kasha menyokong dan merestui.

Hari Ini cikgu Akan bertindak! Sama2 doakan cikgu berjaya yer. Asssalam.




Friday 16 November 2012

Majlis konvokesyen anakku, nik zafran aqil.

Salam semua. Dah lama cikgu tak update blog cikgu nie. Cikgu sekarang sedang sibuk merancang bisness sempena cuti SEKOLAH nie. Cikgu nak ucapkan Tahniah pada Anak kesayangan cikgu, nik zafran aqil. Akhirnya setahun sudah aqil belajar. Cikgu amat berbangga dengan kejayaan Anak, sekarang dah pandai mewarna, mengaji dan bersolat. Alhamdulillah.

Mama Sayang Aqil....mmmuuaaah.

Monday 5 November 2012

Letihnya minggu terakhir persekolahan

Dah lama cikgu tak update blog. Banyak yang cikgu nak kongsi tapi lepas habis sesi persekolahan 2012 cikgu Akan cerita. Minggu ni cikgu sibuk isi data. Sppbs, saps dan sapr16. Fuh harap2 dapat siap kan sebelum khamis.

Monday 22 October 2012

Pengalaman menolong murid kena tarik

Assalamaualaikum dan Salam 1 Malaysia semua.....

Hari ni cikgu dapat lihat sendiri murid cikgu jatuh di depan cikgu semasa perhimpunan. Kesian murid tu. jatuh tersembam di tapak perhimpunan. Sakitnya. Yang teruknya murid tersebut diserang Tarik atau sawan. Ya Allah dugaannya.


Apa tindakan cikgu? Cikgu nampak murid tersebut terus cikgu dukung murid tersebut. Murid tu lelaki tahun 4. Masa tu cikgu teringatkan anak anak cikgu. Cikgu dukung murid tersebut pergi ke kantin. Allah permudahkan p urusan tadi. Cikgu doakan murid tu sihat. Habis luka muka dia.

Disini cikgu bagi beberapa tips kalau kawan 2 Ada pengalaman macam cikgu.


Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Ia juga dikenali sebagai sawan tarik yang mudah berlaku jika suhu badan naik melebihi 40°C dalam tempoh hanya satu atau dua hari selepas demam bermula. Kanak-kanak yang pernah mengalami sawan demam ini juga berisiko mengalami masalah serupa kelak. Namun, sawan ini akan hilang dengan peningkatan usia berikutan sawan demam tidak berlaku di kalangan orang dewasa. Sawan akibat demam boleh menyebabkan otak terencat atau kematian akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak jika dibiarkan berpanjangan (dikatakan tempoh lebih 30 minit).


Ciri-ciri
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan, mulut berbuih, mata hitam akan memandang ke atas dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.

Punca
Ia selalunya berpunca daripada sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk, selsema, jangkitan bahagian atas salur pernafasan, jangkitan telinga (penyakit otitis media) atau jangkitan kuman virus. Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). Sawan ini bukan penyakit keturunan. Namun ada segelintir mengalami sawan tarik kerana mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik.
Rawatan Lanjut
Untuk mendapat pemeriksaan lanjutan bagi memastikan bahawa anak anda tidak menghidap meningitis atau jangkitan selaput otak. Ini adalah kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk meningitis dan perlu diingatkan ia boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan lumpuh.

TINDAKAN ANDA BILA BERLAKU DEMAM SAWAN
Elakkan sawan berlaku Lap badan dengan kain basah yang menggnunakan air paip untuk menurunkan suhu badannya yang panas itu. Juga beri anak minum ubat secara konsisten seperti sirap paracetamol mengikut sukatan yang betul. Boleh juga memberi satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam mengikut nasihat doktor. Juga pakaikan pakaian yang nipis dan awasi selalu anak jika ia tidur di dalam buaian (udara panas terperap ketika di dalamnya). Pastikan bilik tidak terlalu panas dan sentiasa monitor suhu badan anak walaupun anda terpaksa berjaya malam!
Ketika Sawan
Jangan Panik! Tetapi bertindak pantas! Ingat jangan biarkan sawan ini berlaku lebih daripada 1 atau 3 minit sehingga 5 minit. Pantas baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ia untuk mengelak muntah atau lendir masuk ke dalam paru-paru. Segera melonggarkan segala pakaiannya. Ada juga pendapat mengatakan langkah pertama segera masuk bilik air dan basahkan seluruh badannya untuk menurunkan suhu badan yang mendadak tinggi dan apabila anak kecil sudah sedar dari kejang dan mula menangis, segera lap badannya (berdoalah ketika ini pada tuhan supaya anak anda selamat).
Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan. Juga jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah. Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.Usah cuba mengawal pergerakan anak sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya. Pada masa yang sama cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku. Kemudian segera bawa ke klinik untuk pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit untuk mencari dan merawat penyebab demam.

TIP MUDAH
1. Tanggalkan pakaian anak.
2. Baringkan mengiring untuk mengelak bendalir atau air liur memasuki peparu.
3. Mandikan dengan air paip untuk menurunkan suhu badannya dan jangan letakkan objek keras di dalam mulutnya.
4. Jangan biarkan sawan berlaku 3 hingga 5 minit. Segera bertindak!
5. Apabila anak sudah kembali sedar, segera bawa ke klinik untuk kecemasan ini.

SUMBER : majalah Pa & Ma

Saturday 20 October 2012

LADAP Frog VLE

Salam ceria semua........

Hari ni 20.10.2012 selesai sudah in-house training VLE (virtual learning invironment). Dulu cikgu salah satu cikgu yang pergi kursus selama 3 hari di PKG Bagan Serai. Macam-macam pengalaman yang cikgu dapat kongsi masa in house training ni. Tapi memang best. Sebab cikgu suka berkongsi pengalaman dan ilmu yang cikgu ada.


Yang bestnya cikgu tak bagi talk ni sorang2. Cikgu ditemani dengan cikgu Rodzi dan Ustaz ahmad rifai. Cikgu Rodzi cikgu bestari dengan Ustaz. Mereka pun bagus.


Yang tak bestnya cikgu tak dapat nak bagi semua ilmu yang cikgu dapat selama 3 hari. Bayangkan ilmu yang cikgu dapat selama 3 hari perlu dipendekkan hanya separuh hari Ja. Rasanya ramai kawan2 cikgu yang tak dapat sepenuhnya. Tapi takpa cikgu Akan kongsi lagi dengan kawan2 time cikgu free. Best sebenarnya kursus VLE ni.


Seterusnya kursus nie di sambung dengan taklimat ringkas Zoom a. Fuh tahun sepanjang cikgu dilantik sebagai setiausaha peperiksaan. Jadi banyak benda cikgu kena belajar. Takut jugak sebab guru besar harapkan cikgu Boleh jadi yang terbaik untuk SEKOLAH. Cikgu Akan belajar. Cikgu suka cabaran. Erm doakan cikgu berjaya ok.

Oklah ini beberapa gambar yang cikgu dapat masa cikgu bagi talk. Bye. Assalanualaikum.

Kereta untuk dijual.

Assalamualaikum semua......

Hari ni cikgu nak jual Kereta kesayangan cikgu. Cikgu buka jualan nie untuk semua. Kereta cikgu tahun 2008. Spec dia pun bagus. Kereta saga BLM 1.3 auto silver. Meter baru 29000. Tak pi Jalan juan pun. Baru lagi. Tak pernah accident. Cikgu letak harga RM 29k. Boleh runding lagi. So kalau sesiapa berminat bolehlah hubungi cikgu Anna di talian 0194752065. Ini gambar Kereta cikgu Anna .

Sunday 14 October 2012

I WISH my dream become true....

Salam ceria semua. Hari ni cikgu berangan dengan satu benda yang cikgu idamkan. Toyota Wish. Dari dulu lagi nak Kereta MPV. Keluarga dah besar jadi nak selesa sikit. Mungkin Raya haji tahun ni dapat kot. Semoga dengan adanya Kereta ni dapat membuka rezeki kami satu keluarga. Nak balik kelantan selesalah sikit. Anak 2 nak tido pun selesa. YA Allah engkau permudahkanlah urusan kami membeli Kereta ni. Amin.

Kenangan di kampung.

Hujung minggu ni cikgu berpeluang balik kampung cikgu . Dah lama rasanya cikgu tak balik kampung. Walaupun dua hari sahaja tapi memang berbaloi. Banyak aktiviti yang cikgu buat.

Paling berharga cikgu dapat berbual panjang dengan Mak cikgu. Banyak benda kami dapat kongsi. Memang membahagiakan. Hari sabtu cikgu cikgu keluar jalan2 ke bandar baling dengan Mak. Walaupun hujan kami sempat shopping. Cikgu sempat beli periuk kukus. Cikgu suka sangat. Yang penting Mak yang pilih. Memang berbaloi.

Lepas ja shopping balik rumah ambil buah jambu air pulak. Walaupun banyak kerengga dapat jugak cikgu ambil . Jambu ni untuk kawan2 di sekolah. Cikgu2 kat sekolah cikgu suka mencicah. Erm sedapnya. Pecah air liur cikgu.

Anak2 cikgu pulak suka bila cikgu balik kampung. Anak2 cikgu dapat Kenal Ayam belanda. Cikgu Ada kenangsn dengan Ayam belanda ni. Dulu cikgu. Pernah dikejar dengan Ayam ni. Cikgu takut dan fobia dengan Ayam ni. Sekarang ayah cikgu yang bela. Rupa-rupanya Ayam belanda sekarang dah baik. Dah tak kejar orang. Anak cikgu aqil dan Aiman suka main Ayam tu.

Pagi ahad cikgu bertolak ke Parit BUNTAR. Sebelum sampai Suami cikgu bawa cikgu ke Auto City. Suami cikgu nak beli Kereta. Cikgu suka. Suami nak beli Toyota wish. Erm best jugak . Tapi cikgu kena korbankan Kereta saga cikgu. Huhuhu sedih jugak. Tapi betul juga kata suami. Hutang Kereta cikgu banyak lagi. Kereta Suami cikgu yang lama dah nak habis hutang. Erm cikgu ikut sajalah kata suami cikgu. Sekurang2 nya hutang dah kurang. Bayar satu Kereta saja. Wah tak sabarnya nak naik kereta wish. I WISH My dream become true.

Oklah dah pukul 12 malam. Esok cikgu sambung lagi. Byeyeee

Wednesday 10 October 2012

Senaman sekurang-kurangnya 30 Minit.

Salam 1 Malaysia semua. Cikgu nak kongsi pengalaman cikgu hari ni. Tentang senaman. Senaman amat penting untuk kita semua. Sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Cikgu akui setelah melahirkan 2 orang anak berat cikgu naik melambung-lambung. Bayangkan dulu berat cikgu dalam area 60 kg ja. Sekarang dah naik sampai 86 kg. 26 kg naik. Fuh teruk sangat berat cikgu sekarang. BMI cikgu pun teruk dah. Lebih berat badan.

Tahun 2012 cikgu amalkan senaman 30 minit sehari. Cikgu untung sebab suami cikgu sentiasa menyokong. Langkah pertama suami cikgu belikan treadmill takasima kat cikgu. Cikgu guna. Kalau cikgu tak guna cikgu rasa bersalah pada suami cikgu. Dah ler mahal. Suami cikgu faham keadaan cikgu. Dulu Boleh berjoging di luar. Sekarang anak dah 2 tak boleh jogging kat luar. Dah Ada treadmill disiplin kena jaga. Setakat hari ni cikgu tak pernah tinggal berlari di atas treadmill. Target cikgu 60 kalori cikgu hilang.

Selepas guna dengan penuh disiplin cikgu dapat turunkan berat BADAN cikgu sampai 78 kg. walaupun kg yg turun tapi cikgu amat berpuas hati. Selain senaman cikgu dah tak makan Nasi dan air yang manis. Hidup tanpa gula. Penting! Sebab arwah napa cikgu Ada diabetes. Cikgu takut diwarisi.

Jaga pemakanan jugs penting. Cikgu pun kadang2 tak disiplin jugak. Cikgu ni suka makan banyak. Suka ikutkan nafsu. Cikgu try product SD2. Minum 4 Kali sehari dapat kawal pemakanan cikgu. Kenyang minum sd2. Tapi cikgu tak lipa makan breakfast, lunch dan dinner. Light and simple semuanya.

Selain minum SD2 cikgu juga pakai corset setiap hari bekerja. Cikgu pakai premium beautiful PB. Corset ni vagus sangat2. Bukan nak promote tapi memang betul pun. Cikgu dah cuba. Yakin dan selesa pakai PB ni. Bentuk BADAN pun cantik. Kalau Kerja cikgu memang vagus guna corset PB ni. Keyakinan amat penting. Cergas setiap hari. Percayalah.

Sampai sini dulu. Anak cikgu nak menyusu. Nanti cikgu sambung lagi. Bye bye.

Tuesday 9 October 2012

Agar-agar roti 1 Malaysia

Hari ni cikgu teringin nak masak agar-agar roti. Anak-Anak cikgu suka makan agar-agar roti. Cikgu nak kongsi resipi agar- agar roti ni.

Bahan-bahannya:
1 paket agar-agar
1 biji telur
1 tin Susu cair
5 sudu susu pekat manis
6 keping roti
2 sudu besar sunquick
Pewarna hijau
Pewarna merah
Pewarna kuning
Sedikit esen vanilla

Cara-caranya:
Masak agar-agar dengan air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar). Masukkan gula. Kacau sebati. Kisar roti dengan telur, susu cair dengan susu pekat manis hingga sebati. Tuang Bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi. Masak dengan api perlahan. Masukkan dan sunquick dengan esen vanilla. Biarkan seketika. Kemudian angkat dan tuang adunan yang dimasak ke dalam loyang. Daripada adunan tadi, asingkan 3 cawan berasingan adunan. 1 campurkan dengan pewarna merah, 1 campurkan dengan pewarna hijau dan 1 campurkan dengan pewarna kuning. Tuang adunan berwarna tadi secara berselang-seli ke atas adunan loyang. Sejukkan. Tadaaa inilah hasil nya.

Monday 8 October 2012

Dinner cikgu Anna hari ni

Salam semua. Malam ni kan cikgu Anna janji nak buat kerabu kacang kelisa. Waaaa sedapla. Kerabu cikgu buat jadi Kali ni. Alhamdulillah. Nak tahu resipinya? Ini resepinya.

Resepi kerabu kacang botol

Cili besar 3 biji
Kelapa parut
Belacan bakar
Udang kering
Bawang besar
Jus limau nipis
Bunga kantan
Kacang botol
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara
Tumbuk cili, belacan, udang kering sampai lumat. Masukkan jus limau. Potong kacang botol nipis2. Hiris bawang, dan bunga kantan. Gaulksn bahan tumbuk dgn bahan hirisan. Letak garam dan gula secukup rasa. Tadaaaa dah siap KERABU KACANG KELISA.

Sunday 7 October 2012

Cikgu Anna today!

Hari ni cikgu pakai baju colorful dengan skaf pun colorful. Ramai yang tegur cikgu cantik hari ni. Alhamdulillah dengan kurniaanNya. Prinsip cikgu mesti ceria setiap hari! Untuk siapa???? Mestilah untuk Anak murid cikgu. Lebih tumpuan kalau kita cantik dan kemas. Kita pun lebih yakin. Percayalah!!!!!

Pokok kacang kelisa

Ini pulak pokok kacang kelisa aka kacang botol. Pokok ni dah ditanam dua Kali di pagar ni. Terima kasih kepada Pekerja sekolah. Cikgu dapat kutip hasil pagi ni. Banyak sangat hari ni. Dinner malam ni cikgu nak buat salad kacang botol aka kerabu.

Pokok sayur kacang panjang yg akan di buang

Dah lama tak update pasal pokok kacang panjang. Pokok ini ditanam oleh murid2 cikgu. Dah tua dah pokok ni. Ada yg dah mati pun. Cikgu nak buang dah pokok ni. Sayang pulak. Sebabnya banyak faedah dan manfaat kat cikgu. Dah bayak hasil cikgu dapat. Sampai hujung tahun pokok ni pun tak terjaga oleh anak murid cikgu. Hasil pendapatan pun banyak. Alhamdulillah.

Saturday 6 October 2012

Tugas setiap hujung Minggu

Salam ahad semua. Hari ni walaupun hari ahad cikgu bangun pagi macam biasa. Awal2 lagi cikgu iron baju untuk hari Kerja cikgu. Macam biasa baju cikgu satu almari. Dari pukul 7 pagi mula iron pukul 10 pagi baru selesai iron. Alhamdulillah.

Cikgu jumpa kawan

Hari ni cikgu pergi kursus KSSR DST Tahun 3. Cikgu jumpa kawan cikgu yang dah lama tak jumpa 5 tahun jugakla. Kawan cikgu ni baik orangnya. Kami kenal masa kat maktab lagi. Maktab Bainun. Namanya Marwati. Maintainnya dia. Macam dulu. Kak Wawa panggilannya. Best gila dapat jumpa. Walaupun kak Wawa cikgu kat SK Methodist parit buntar tapi kami tak pernah jumpa. Dia cikgu cemerlang lagi. Tahniah kak Wawa. Nanti cikgu nak cari lagi kawan2 cikgu yang lama tak jumpa.

Malam perkhemahan badan beruniform SKTK

Malam ni cikgu jadi juri persembahan Malam kebudayaan. Naik geram jugak lihat persembahan murid cikgu. Sempat juga cikgu kritik. Walaupun begitu biasalah kot, mungkin tak biasa kot. Usaha lagi. Ingat buat sehabis baik.

Friday 5 October 2012

Dunia Seni Visual bersama murid tahun 1

Hari ni cikgu amat berbangga dengan keupayaan anak murid cikgu. Walaupun tahun 1 mereka dah pandai menganyam bakul setelah cikgu ngajar. Menganyam merupakan salah satu pengajaran dalam standard kandungan Dunia seni visual tahun 1. Menganyam merupakan salah satu tajuk dalam Kraf tradisional. Ada beberapa gambar sempat cikgu tangkap.

Cikgu Anna suka citer Adam Hawa

Adam Hawa.......best citer ni. Cikgu download setiap cerita ni. Credit pada perekacerita. Bila masa cikgu Anna tengok citer ni. Jawapannya masa cikgu bersenam bersama treadmill cikgu. Tak terasa penat sambil tgk cerita ni. Tiap2 hari treadmill alhamdulillah badan rasa cergas. Target cikgu 57 kalori hilang dari badan cikgu. Untuk kesihatan.

Thursday 4 October 2012

Wajah cikgu Anna

Tadi terjumpa gambar muka masa akad nikah. Sempat cikgu edit sikit. Dah lain muka sekarang. Huhuhu. Suka tengok gambar ni. Nanti nak cari gambar masa bujang pulak.

3 tin dengan SD2

Alhamdulillah aku masih berdisiplin dalam diet aku. Aku minum 4 kali sehari. Dah 3 tin habis digunakan. Bermula selepas Raya aidilfitri hinggalah sekarang. Dulu berat Bermula 86 kg. sekarang dah 78 kg. semangat lagi nak turun kg sampai ideal. Cayokk cikgu Anna !

Wednesday 3 October 2012

Ceria cikgu Anna

Setiap sebelum pergi sekolah mesti cikgu snap gambar. Hobby kot. Suka tengok gambar.

Aqil sayang aiman

Ini gelagat Abg aqil dgn adiknya Aiman yg sempat mama tangkap. Mama suka tgk aqil dgn aiman McM ni. Mama dan Abah mendoakan agar Abg aqil dpt menjadi Anak yang Soleh dan dapat menjaga adik2. Mama sayang anak2 mama. Nik zafran aqil dan nik zarif aiman.

Tamatla sudah kursus VLE

Hari ni dah habis kursus di PKG Bagan Serai. Best dapat kenal ramai guru berbagai bangsa berkongsi idea. Sempat aku present blog ni. Ramai yang suka. Semangatnya. Nanti Ada Lebih menarik tentang blog ni. Jangan lupa follow yer.

Tuesday 2 October 2012

Wajah baru blog cikgu Anna

Hari ni semangat tengok wajah baru blog cikgu Ana. Inilah masanya. Cikgu Anna nak mengucapkan ribuan terima kasih pada Faqihah Husni. Dialah yang rajin nak ubahsuai blog cikgu. Inilah orangnya. Dulu pengapit masa cikgu Kawin. Sekarang dah 12 tahun dah.

Latihan kebakaran di SK Tanah kebun.

Alhamdulillah tahun ni sekolah berjaya laksanakan Latihan kebakaran Oleh JABATAN Bomba. Aku mengambil kesempatan untuk belajar cara memadam api menggunakan alat pencegah kebakaran. Rasa terbakar dahi aku. Fuh. Tapi best sgt sebab byk ilmu aku dapat.

Tak sihatla hari ni

Hari ni seharian kursus kat pkg Bagan Serai. Mengadap komputer seharian. Mata letih hidung pulak tersumbat. Mungkin Ada hikmahnya. Alhamdulillah. Aiman pulak baru lega batuk. Hari sabtu aiman diserang asma lagi.
YaAllah dugaan dariNya.

Monday 1 October 2012

Kursus VLE

Minggu ni aku sibuk dgn kursus. 1 hingga 3 oktober kursus VLE kat PKG Bagan Serai . Sampai sesat aku cari pkg ni. Best jgk kursus ni. Hari sabtu kursus kssr tahun 3 pulak. Best! Banyak ilmu aku dapat. Risau jgk dkt murid2 kat sekolah. Tapi tak pa aku dah bagi tugasan kat depa. Selamat berkursus!

Tuesday 21 August 2012

Salam Aidilfitri dari Cikgu Anna

Raya pertama Kat kg carok kapas kedah. Petang baru bertolak KE rumah bapa mertua di telipot Kelantan. Raya Kat Kelantan sampai hari khamis. Huhuu best sangat raya tahun ni. Meriah. Tema tahun ni warna merah saga. Cantik! Cikgu Anna memohon beribu2 kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Semoga berjumpa lagi ramadhan tahun depan. Kepada semua kawan2 maafkan segala kekhilafan dari naa. Salam aidilfitri daric cikgu Anna .

Wednesday 15 August 2012

Banjir di bulan ramadhan

Hari nie banyak benda terjadi di sekolahku. Ketika program penyampaian duit raya, hujan yang mencurahi sekolahku membuatkan sekolahku banjir kilat, Dewan sekolahku habis ditenggelami dengan air. first time aku dapat tengok sendiri banjir disekolahku. Walaunagaimanapun Demi duit raya semua anak murid sanggup menunggu majlis nie selesai. Huhuhuu. Nie gambar sempat aku candid masa kenangan.